Tuesday, March 19, 2013

:: Discussion on WEEK 4::


Perbincangan tugasan

Selepas perbincangan mengenai approach model, kami dikehendaki untuk berbincang pasal assignment group. Secara kasar perbincangan adalah seperti berikut:

LATAR BELAKANG MASALAH

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) baru diperkenalkan dalam sistem pentaksiran pendidikan negara ini. PBS dirancang, dibina, ditadbirkan, diskor dan dilaporkan oleh guru. Pentaksiran sekolah dirancang oleh guru dan soalan-soalan ujian dibina oleh guru. Guru juga memeriksa hasil kerja murid dan memberikan skor kepada murid. Pentaksiran sekolah memberikan peluang kepada guru menjalankan pentaksiran formatif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


PENYELESAIAN MASALAH

Membina satu laman web pembelajaran Matematik Tingkatan 1 bertajuk pecahan sebagai bahan pengukuhan kepada pelajar.


OBJEKTIF KAJIAN

1. Membina satu laman web pembelajaran Matematik Tingkatan 1 bertajuk pecahan berasaskan teori konstruktif.

2. Pembangunan laman web ini dijadikan salah satu bahan pembelajaran dan pengukuhan kepada guru dalam melaksanakan penilaian kepada murid berdasarkan pentaksiran berasaskan sekolah.


SKOP KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada pelajar Tingkatan 1 bertajuk pecahan dalam matapelajaran Matematik.


TEORI PEMBELAJARAN

Konstruktif

APPROACH MODEL

Game-based learning

FLOWCHART  

 Dalam laman web kami terdapat lima pautan iaitu, HOME, NOTES, FUN STUFF, QUIZ dan GAMES. 



CREDIT TO : NADIAH 

0 comments:

Post a Comment