Assalamualaikum.. Minggu ini adalah minggu pertama kami bersama Dr Affandy.. dan harini jugak adalah hari di mana kami mesti submit kan design document kami. Alhamdulillah design document kami dapat disiapkan dengan jayanya dalam timeframe yang diberi.
Minggu ni, Dr Affandy memulakan kelas dengan tajuk nya iaitu information design. Di dalam pembangunan website, information design adalah salah satu komponen yang penting dalam menjelaskan matlamat komunikasi dan menyusun idea-idea kami ke dalam reka bentuk untuk matlamat tersebut.
Terdapat 5 komponen dalam information design ini :
1. Message - apakah maklumat yang anda ingin kongsikan?
2. Audience - Dengan siapa anda ingin berkongsi?
3. Purpose - Bagaimana dan mengapa anda ingin berkongsi?
4. Background - Apakah pengguna yang dimaksudkan sudah tahu?
5. Sturcture - Bagaimana mesej anda akan disusun dengan berkesan?
Selain daatipda 5 komponen ini Dr turut menerangkan mengenai learning therories, learning strategies, learning styles yang perlu diterapkan bagi website pendidikan. Saya memang kurang pengetahuan ini kerana saya bukan lah dari background pendidikan.
Melalui penerangan beliau saya faham bahawa terdapat 3 jenis learning theories iaitu,
BEHAVIORISM: Teori pembelajaran berdasarkan idea bahawa semua tingkah laku yang diperoleh melalui keadaan. Keadaan berlaku melalui interaksi dengan persekitaran. Behaviorists percaya bahawa gerak balas manusia kepada rangsangan alam sekitar membentuk tingkah laku.
COGNITIVE: Memandangkan pembelajaran adalah satu proses aktif.
CONSTRUCTIVIST: Pengetahuan individu dan sosial yang dibina oleh pelajar berdasarkan tafsiran mereka pengalaman dalam dunia
Selain dari ini, saya turut ditekankan tentang pengetahuan mengenai story board. Saya agak familiar dengan ini kerana saya turut di ajar mengenai story board ini semasa di peringkat degree.. Dii bawah ini adalah contoh story board untuk website saya..
0 comments:
Post a Comment